Thursday, August 9, 2012

kuih raye... :)


Almond London


Kb_almond_london
Resepi yg saya adjust dr resepi kawan.. Coklat yang saya guna ialah compound coklat atau cooking coklat dari BS Bakery ... cooking coklat van houtan atau vochelle x m'bantu...






Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.


Classic butter cookie

                                      Bahan-bahan ( 36 biji-4cm )

Classicbuttercookies

 

370g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • 150g gula
  • 150g butter-suhu bilik
  • sedikit esen vanila


Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga putih.
  2. Kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau dgn spatula sehingga sekata.
  4. Wrap dgn plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
  5. Keluarkan dr peti sujuk. Alaskan papan canai dengan plastik wrap. Letakkan doh kat atasnya. Kemudian letak satu lagi plastik wrap kat atas doh tadi. Canaikan sehingga setebal 5mm. Terapkan dgn cookie cutter.
  6. Bakar dalam suhu 180C selama 20-25 minit.


Cornflakes madu warna warni

Cornflakes_madu_warna_warni


Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )

  • 250gm cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)
  • manik warna warni untuk hiasan


Cara-cara

  1. 1campurkan_bahan
     Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
  2. 2cairkan
     (saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)
  3. 3masukan_madu
     masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)
  4. 4aduk_sampai_rata
     aduk sampai rata
  5. 5masukkan_acuan
     masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)






Cornflakes Milo

Dsc00164

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 100 Gram Mentega
  • 100 Gram Cornflakes
  • 100 Gram Serbuk Milo
  • 4 Sudu Makan Golden Syrup 

Cara-cara

  1. Cornflakes di hancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas
  2. Masak mentega hingga cair di api yang sederhana besar
  3. Sudah cair masukkan golden syrup (kacau hingga sebati)
  4. Masukkan Milo (Kacau hingga sebati)
  5. Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan.
  6. Bulatkan lah semasa masih panas.
  7. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi sedap) 


Cashew Nuts Cookies      

Cookies 

Bahan-bahan ( anggaran 50 biji )

  • 300g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 150g gula halus
  • 120g butter - suhu bilik
  • beberapa titik esen vanila
  • 130g cashew nuts(gajus) 

Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul sehingga putih/kembang
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau
  4. Masukkan pula esen vanila. Kacaukan.
  5. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dan juga cashew nuts. Kacau rata.
  6. 1
     Keluarkan dari mangkuk dan letakkan ke atas oven peper.
  7. 2
     Bungkuskan doh tadi dan buatlah biar jadi bentuk segi empat panjang. Bila dah siap buatlah untuk yang bakinya.
  8. 3
     Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 1 jam.
  9. 4
     Kemudian potonglah lebih kurang 1cm. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit
  10. **** Boleh juga gantikan cashew nuts dengan almond

No comments:

Post a Comment