Thursday, August 9, 2012


7 Cara Bijak Sedia Makanan Berkhasiat



Amalan pemakanan yang tidak seimbang menjadi penyumbang terbesar kepada masalah kegemukan. Pengambilan makanan berkalori lebih daripada keperluan badan juga penyebab utama masalah ini.
Tenaga ataupun kalori yang berlebihan disimpan di dalam tubuh akan bertukar menjadi lemak. Sebaliknya, jika kalori kurang daripada yang diperlukan badan, maka lemak tadi akan digunakan semula sebagai sumber tenaga. Punca lain yang menyebabkan kegemukan seperti fisiologi, keturunan, sosioekonomi, trauma dan psikologi.
Masalah kegemukan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan seperti lebih mudah menghidap penyakit berbahaya yang tergolong dalam penyebab utama kematian.
Antara penyakit disebabkan masalah berat badan adalah kencing manis, jantung, darah tinggi, pundi hempedu, penyakit hati, reumatik dan buah pinggang.
7 cara bijak dalam penyediaan makanan yang boleh membuatkan sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:
1. Buang lemak pada daging dan kulit ayam.

2. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.
3. Jangan memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur kerana ini boleh menghilangkan khasiat makanan itu.
4. Untuk mengekalkan khasiat ubi kentang dan keledek, bersama-sama kulitnya.
5. Pastikan air mendidih atau minyak benar-benar panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak.
6. Kurangkan penggunaan garam, gula dan bahan pengawet dalam masakan anda.

7. Jangan gunakan minyak masak berulang kali sehingga warna asal minyak berubah.

Justeru, anda dinasihatkan untuk merancang hidangan bagi memastikan sentiasa mengambil makanan seimbang dan berkhasiat. Banyakkan hidangan yang dimasak menggunakan cara seperti panggang, rebus, kukus, bakar dan kurangkan makanan berminyak dan bergoreng.
Selain itu, rancang juga jadual makan anda iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Jangan sekali-kali abaikan sarapan kerana sarapan sangat penting untuk memberi tenaga terutama kepada anda yang bekerja dan pelajar.
Sarapan juga membantu anda agar tidak terlalu lapar pada waktu tengah hari dan sekali gus menyekat anda daripada makan tengah hari berlebihan.

minuman berkhasiat


kuih raye... :)


Almond London


Kb_almond_london
Resepi yg saya adjust dr resepi kawan.. Coklat yang saya guna ialah compound coklat atau cooking coklat dari BS Bakery ... cooking coklat van houtan atau vochelle x m'bantu...






Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.


Classic butter cookie

                                      Bahan-bahan ( 36 biji-4cm )

Classicbuttercookies

 

370g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • 150g gula
  • 150g butter-suhu bilik
  • sedikit esen vanila


Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga putih.
  2. Kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau dgn spatula sehingga sekata.
  4. Wrap dgn plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
  5. Keluarkan dr peti sujuk. Alaskan papan canai dengan plastik wrap. Letakkan doh kat atasnya. Kemudian letak satu lagi plastik wrap kat atas doh tadi. Canaikan sehingga setebal 5mm. Terapkan dgn cookie cutter.
  6. Bakar dalam suhu 180C selama 20-25 minit.


Cornflakes madu warna warni

Cornflakes_madu_warna_warni


Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )

  • 250gm cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)
  • manik warna warni untuk hiasan


Cara-cara

  1. 1campurkan_bahan
     Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
  2. 2cairkan
     (saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)
  3. 3masukan_madu
     masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)
  4. 4aduk_sampai_rata
     aduk sampai rata
  5. 5masukkan_acuan
     masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)






Cornflakes Milo

Dsc00164

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 100 Gram Mentega
  • 100 Gram Cornflakes
  • 100 Gram Serbuk Milo
  • 4 Sudu Makan Golden Syrup 

Cara-cara

  1. Cornflakes di hancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas
  2. Masak mentega hingga cair di api yang sederhana besar
  3. Sudah cair masukkan golden syrup (kacau hingga sebati)
  4. Masukkan Milo (Kacau hingga sebati)
  5. Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan.
  6. Bulatkan lah semasa masih panas.
  7. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi sedap) 


Cashew Nuts Cookies      

Cookies 

Bahan-bahan ( anggaran 50 biji )

  • 300g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 150g gula halus
  • 120g butter - suhu bilik
  • beberapa titik esen vanila
  • 130g cashew nuts(gajus) 

Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul sehingga putih/kembang
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau
  4. Masukkan pula esen vanila. Kacaukan.
  5. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dan juga cashew nuts. Kacau rata.
  6. 1
     Keluarkan dari mangkuk dan letakkan ke atas oven peper.
  7. 2
     Bungkuskan doh tadi dan buatlah biar jadi bentuk segi empat panjang. Bila dah siap buatlah untuk yang bakinya.
  8. 3
     Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 1 jam.
  9. 4
     Kemudian potonglah lebih kurang 1cm. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit
  10. **** Boleh juga gantikan cashew nuts dengan almond

Wednesday, August 8, 2012

NASI TOMATO SPECIAL

BAHAN2NYA: (UNTUK HIDANGAN 5 ORANG)

4 cawan beras Basmathi (Kjee guna Beras Moghul Faiza)
3 cawan air
1 tin soup tomato Kimballs (425gms)
1 sudu besar  pes tomato puree
½ cawan susu cair (evap milk)
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung
100 gms biji gajus  (optional)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia (diketuk)
1 kayu manis*
2 bunga lawang*
3 biji pelaga (cardamons)*
2 helai daun pandan
sedikit garam
daun ketumbar dan bawang goreng

CARA:

Beras dicuci dan direndam selama lebih kurang ½ jam.
Panaskan minyak sapi serta minyak jagung dalam periuk. Kemudian tumis bahan bertanda * hingga wangi. Pastu masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang nipis bersama halia yang telah diketuk serta daun pandan. Apabila bawang sudah nampak keperang2an, masukkan air (3 cawan), 1 tin soup tomato dan  1 sudu pes tomato puree. Biarkan mendidih.
Apabila mendidih, masukkan susu cair, sedikit garam, kacau dan pelankan api.
Toskan beras dan masukkan ke dalam periuk nasi (rice cooker). Masukkan gajus dan tuangkan bahan2 yang telah dimasak tadi. Kacau perlahan2 hingga sebati dan masak.
Apabila sudah masak, kaiskan pelahan2 guna garfu dan tutup semula tudungnya. Masa menghidang, taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.
Tadi Kjee masak kurma ayam bersama telor rebus. Dan Kjee juga keluarkan acar buah jeruk yang diberikan oleh kakak angkat Kjee dari freezer. Cadang tadi nak buat jelantah tapi teringat pulak ada acar buah jeruk. Kalau makan dengan ayam masak merah dan dalca kambing, pasti enak banget.

Resepi Paprik Campur

Usha picca... canteqqq
Resepi Paprik Campur




RESEPI PAPRIK CAMPUR

Bahan2 :

- Ayam / udang / sotong / semuanya - dipotong ikut saiz yg anda suka
- Bwg putih 1 ulas
- Bwg merah 4 ulas
- Bawang besar 1 labu
- 2 sudu besar cili boh / cili kering yg tlh di blend
- Sedikit halia (sikit je ye)
- 5 helai daun limau purut
- 2 batang serai
- 2 biji tomato
- 4 -5 batang kacang buncis / kacang panjang - potong ikut suka anda
- cauliflower aka bunga kobis (perlu ke aku translate? adoiyai pening sungguh aku ni) - potong gak, jgn letak segebuk gitu ehhehe
- sos tiram
- sos cili
- sos tomato
- garam

Cara-Cara :

- Blend bawang merah, bwg putih, dan halia
- tumis kesemua bhn2 yg tlh di blend tadi sehingga kekuningan
- masukkan cili boh aka cili kering yg telah dikisar
- masukkan serai yg telah diketuk
- masak hingga pecah minyak
- masukkan pula ketiga2 jenis sos tadi... agak2 la ye kawan2... x reti dinda nak bagitau sukatannya...
- masukkan garam
- masukkan daun limau purut
- then masukkan segala jenis lauk2 yg ada...
- tunggu sekejap sbelum sayur2 pulak dimasukkan
- kemnudian masukkan bawang besar yg telah dihiris
- kacau2 sikit, rasa, dan angkat
- that's it!
<<tips:make sure rase daun limau purut tu ada,klau ta ,krang sdap

resepi

Resepi Murtabak Maggi

Murtabak Maggi

Maggi?? Sedap kan... Goreng sedap, buat sup sedap... Kalo buat murtabak lg sedap... Ni can nyer stail buat murtabak maggi... step-by-step gitew

Jom usha
....

Step 1 :

Bukak semua pembalut maggi tuh (can pakai mamee kari berapi, my all time favourite!).

Step 2 :

Rebus maggi (tanpa seasoning / perencah / serbuk perasa). Agak2 jgn terlalu lembut, angkat dan toskan.


Step 3 :
Masukkan maggi yg tlh direbus td ke dalam bekas, n potong carrot nipis + daun sup or daun bawang sikit. Step 4 :
Masukkan serbuk perasa/peremvaJe5{,-- mangkuk yg berisi maggi + sayur2 td.
Inilah hasil setelah bhn2 tu dicampurkan Step 5 :
Ambil sebiji cili utk dimasukkan ke dalam maggi td... sapa suka pedas leh la tambah sebyk mana yg uols suke...
Step 6 :
Masukkan cili yg telah dipotong td
Step 7 :
Gaul2 kan kesemua bahan2 tadi supaya sebati n rata. Supaya nnt rasa masin tu sekata. Step 8 :
Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk yg berisi maggi td... can gunakan 2 biji telur utk satu packet maggi.
Step 9 :
Gaul2 kan maggi bersama2 telur sehingga sebati...
Step 10 :
Gorengkan di atas pan dengan minyak yg x terlalu banyak...


Step 11 :

Bila dah masak, angkat, n potong2 kan upaya senang nak makan...
can suka potong bntuk segi empat kecik2... Hidangkan bersama sos cili + sikit serbuk lada sulah... Done!

Resepi Nasi Ayam Sedap

Resepi Nasi Ayam Sedap


Nasi ayam anyone?
hmmm... now nasi ayam nie dah jadi sbg fav mr asben...
semenjak terai resepi nih, terus dia tgkap cintan... makan bertambah2 5-6 pinggan...
haih... boleh gitu?

yg sebenanye can jumpa resepi nih dari satu blog lama dulu... dah lama dah.. masa tu can lom bukak blog ni pon lagi... ntah apa nama blog pon dah lupe
masa tu rajin menggugel resepi sana sini.. gigih nak masak utk famili la kononnye...
pastu kalo jumpa resepi pon... mana2 yg x berapa pelik sgt bahan2 nya tuh, can x pnah salin or print... can main ingat2 lam kepala je.. pastu bila tyme nak buat... can buat je ikut suka... agak2 gitu je la kekdahnye.
So resepi yg can nak share arini adalah sumbangan hamba Allah yg can x dpt nk recall dari blog mana tu... ditambah dgn olahan dari can sdiri spt biasa...

Makanya, can nak start ngan resepi ayam dulu

Bahan2 untuk Ayam :
  • Ayam- direbus dan ditoskan
  • Kemudian : Serai, Bawang putih, Halia, & Sedikit bawang besar - dikisar 
  • Pastu bahan2 kisar tu dituangkan ke atas ayam yg tlh direbus tadi bersama2 dengan bhn2 lain :
    • Kicap manis
    • Sedikit kicap masin (xde lam pic)
    • Sos cili
    • Sos tomato
    • Sos tiram
    • 1 sudu madu
    • Sila abaikan white pepper tu sbb can x guna pon....
  •  Perap lama2 - kalo boleh 3-4 jam

Bila ayam dah setel, kita biar kan je... tgu masa nk menggoreng jek nnt...


 
Jadik jom lah kita usha caner nak masak nasik pulak ye...

Bahan2 Utk Nasik
  • Beras dicuci bersih
  • Rempah sup tulang adabi = bunjut + segala kayu kayan yg kat dalam plastik tu
  • 1 batang serai - diketuk
  • 4 helai daun pandan
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
Cara2 nye :
  • Beras yg dah dicuci td, masukkan lam rice cooker
  • Tuangkan air rebusan ayam tadi - agak2 cukup utk masak cam masak nasi biasa
  • Taburkan sedikit serbuk kunyit (kalo nak nasi tu kaler kekuningan)
  • Pastu, panaskan 1 sudu minyak masak
  • Tumiskan bawang merah + bawang putih yg tlh dihiris td
  • Tumiskan bersama2 dgn sup bunjut, kayu manis n segala macam kayu n herbs yg ada bersama2 rempah sup tulang adabi tu (sori can mmg fail pasal nama2 kayu n herbs ni) sampai wangi
  • Masukkan pula serai
  • Then tuangkan ke dalam rice cooker yg td
  • Masukkan daun pandan ke dalam rice cooker tu jugak
  • Tekan butang 'ON', then tunggu lah nasik tu masak nnt
  • Beginilah ruper nasi yg menunggu masa utk dimasak itew


Ayam n Nasik dah... so now it's time to prepare the soup...
Bahan2 untuk sup :
  • Air rebusan ayam
  • Sup bunjut
  • Kiub ayam 
  • Sedikit halia - ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • Serbuk sup
  • Garam
  • Gula
  • Bawang goreng
  • Daun sup - dihiris halus
  • Amik satu pan, masukkan sedikit minyak masak
  • Tumiskan halia, bawang putih dan bwg merah yg telah ditumbuk tadi
  • Masukkan sup bunjut
  • Kemudian tuangkan ke dalam periuk yg berisi air rebusan ayam tadi
  • Sup dimasak sambil dikacau sekali sekala
  • Masukkan serbuk sup secukupnya
  • Kemudian masukkan 1 kiub pati ayam
  • Then tambahlah garam n gula secukup rasa
  • Bila dah mendidih n rasa smua dah sebati... leh la tutup api dan ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup

Next is to prepare the Kicap 
Bahan2 untuk kicap :
  • Kicap Manis
  • Sedikit kicap masin
  • Sup
  • Campurkan ketiga2 bahan tadi - biar rasa dia balance - x masin, x manis
  • Dah siap
Next pulak, sambal cili
Bahan2 untuk sambal cili :
  • Cili besar 6 tangkai 
  • Cili kecik 2 tangkai
  • Bawang putih 2 ulas
  • Kesemua bahan2 di atas diblend bersama2
  • Kemudian rebus sekejap
  • Masukkan cuka beberapa titik
  • Then masukkan juga garam dan gula
  • Masak hingga mendidih
  • Then siap

So, siap semua dah bahan2 nye... bila ayam dah cukup lama diperap, leh la digoreng
Tapi x perlu goreng lama2 sbb ayam tu dah masak
lagipon kalo goreng lama sangat nnt ayam tu hangus sbb dah bersalut kicap n etc...
Dah abes goreng leh lah dihidangkan bersama2 dgn buah tomato, daun salad, or timun (can x suka timun sbb tu x letak).

Inilah hasilnya...




 Yang ni plak spesel utk si kecik...